Welcome to Annaloq Fotografik!

"To photograph is to appropriate the thing photographed. It means putting one’s self into a certain relation to the world that feels like knowledge, and therefore like power." Susan Sontag

Now, enjoy my blog!

Ahad, 29 Mac 2009

Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar







Galeri Sultan Azlan Shah ni terletak di Kuala Kangsar Bandar Di Raja...berhampiran ngan Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah dan Madrasah Idrisiah...sape2 tak penah datang tu digalakkanlah datang coz ia menampilkan sesuatu yang berbeza berkaitan ngan salasilah keluarga Sultan Azlan Shah serta diri Baginda sendiri. Galeri ini dihias cantik dan kemas serta sesuai untuk golongan dewasa dan kanak2...Sesiapa yang bernasib baik kadang2 leh terserempak ngan Sultan Azlan Shah yang kebiasaannya datang juga mencemar duli melawat galeri ini....bagi aku secara jujurnya, galeri ni memang gempak...kagum aku dibuatnya...cheers!



Langit Dah Gelap...Hari Nak Hujan...


Gambar ni aku snap kat tepi padang Arkib Kedah. Sempoi je aku tengok langit tu gelap giler, tapi kat area umah n padang tu cerah le plak...memang best panorama camni...sebab adanya contra antara object n background...cun...

Poster Pilihanraya Pertama Malaysia 1955

Ni adalah salah satu poster pilihanraya yang digunakan pada tahun 1955 dulu...iaitu pilihanraya yang pertama....klasik bro...so sebagai mempromosikan Jabatan Arkib Negara Malaysia, gambar2 bersejarah serta maklumat lain boleh didapati di sana. Dan gambar2 yang disimpan adalah bersifat kekal n original....check it out...

Senja Di Kuala Kangsar




Senja di Kuala Kangsar....
Baru2 ni aku asyik berulang alik ke Kuala Kangsar....Letih dibuatnya...
Ada sket projek kat Galeri Sultan Azlan Shah...Seminggu aku disana...
So ada ler sket gambor2 aku snap menggunakan camera Canon IXUS wife aku
and Canon EOS opis aku nye...wokeh....

Rabu, 11 Mac 2009

A Love From Palestine

Puisi ni aku amik dari hasil karya Mahmood Darwish berkaitan ngan hidup matinya seorang wanita Palestin dan grafiknya dihasilkan oleh aku sendiri...walaupun ringkas puisinya tapi terlalu mendalam maksudnya...Al-Fatihah buat saudara2 kita di Palestin yang menjadi mangsa Israel laknatullah!!!!

Aku Ingin Ke Atas....

Ok ni adalah karya yang berbentuk abstract. Dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 yang bertajuk "Aku Ingin Ke Atas"...

Hamba (Pacai Yang Hina)

ni antara lirik lagu yang aku nak lagukan. tapi x mai2 lagi idea nak wat lagu dia..hu2...papepun bak kata Abdul Ghani Ahmad, melihat dan menghayati adalah hak anda...layan.....

Hamba(pacal yang hina)
Belahlah gunung belahlah lautan
Hingga ke bulan ingin kau pergi
Matahari yang panas sanggup kau redahi
Berpijaklah engkau di bumi sendiri

Kikis sana ke sini kau kikis
Ke kanan ke kiri pandai kau menari
Kera di hutan sanggup kau susui
Anak di rumah racun kau ganti

Kami cuma pacal yang hina
Hamba pada matawang dunia
Hamba pada helah tipu daya
Hamba yang letih tidak berdaya

Kami hamba pacal yang hina.....

Assalamualaikum semua....

Salam perkenalan kepada pelayar blog aku. Blog ni aku baru je buat so banyak lagi input2 yang tiada. Mungkin sedikit demi sedikit aku cuba ketengahkan apa yang patut aku ketengahkan di sini. Tambah-tambah perkara yg berkaitan dengan seni. he2...
Tapi apa yang menjadi target aku ialah bisnes fotografik yang bakal aku laksanakan nanti. Masih belum bersedia lagi aku untuk teruskannya di atas beberapa sebab. Yang terpenting ialah ilmu dalam bidang fotografik. Bagi aku ilmu di dada ni masih belum cukup lagi. Iyelah nak explore photoshop, illustrator pe suma tu bukannya satu perkara yang mudah. And then camera gabak aku pun takde lagi. So suma ni membantutkan sedikit sebanyak target aku.
Selamatlah seni tu infiniti. Leh aku terbitkan sedikit sebanyak karya seni aku di sini selain fotografik...
Oh ye....Nape aku bagitau seni tu infiniti. Perghh...x perasan ke korang apa yang ada di alam semesta ni adalah suatu yang tak bleh terjangkau oleh kotak fikiran kita. Cuba tengok bintang. Cuba tengok semut. Ok...dapat ke kita hitung berapa butir bintang yang ada di langit? Dapat ke kita kira baper ekor semut yang ada di dunia ni. Infiniti kan. Susah nak kira kan? Susah nak hitung? Seni le suma tu. Seni yang terhasil daripada ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Subhanallah.
Yang berkaitan ngan hidup kita pula. Dari pembinaan bangunan2 besar hinggalah si anak kecil menconteng dinding. Seni gak tu. Lagu nirvana, sil khannaz, dream theatre, m.nasir, beattles, hinggalah choir Arkib Negara Malaysia. Dari pancaran gelombang satelit hinggalah tarian bebudak Akademi Fantasia. Suma tu berdiri di atas paksi seni. Senang citer apa yang terhasil dari Tuhan adalah seni sifatnya.
Dan seni yang paling susah nak diduga adalah akal kita sendiri. Iaitu anugerah Tuhan yang paling besar sekali buat ummat manusia. Di situlah seorang manusia yang gagal PMR hinggalah manusia yang menerima anugerah nobel sekalipun terhasil.
Hmmm....senang cerita seni tu bukannya terletak pada kecantikan lukisan, scaling gitar Eminor mahupun lunaknya suara ini. Seni itu adalah keseluruhannya yang terhasil dari Allah s.w.t dan tangan manusia sendiri.
So, aku sebagai manusia yang menghargai seni, ingin membuka tapak memperjuangkan jiwa ke dalam dunia seni ini. Ingin mengetengahkan hasil karya seni aku dalam pelbagai bentuk konsep mahupun genre ke dalam blog aku ni.
Dan satu benda last yang aku ingin ingatkan pada suma rakan2...janganlah kita berlagak n ego ngan kejayaan kita di dunia ini. Kerana ilmu kita ni seperti setitis air yang jatuh dari paruh burung yang meminum air di lautan yang luas. Sedangkan ilmu Allah s.w.t pula seluas lautan di dunia ini. Malah lebih dari itu lagi. Nampak kan perbezaannya..?

Infiniti kan?? He2....

Khamis, 5 Mac 2009

Selasa, 3 Mac 2009

Karya (puisi) ni aku quote dari komik Mat Som hasil karya LAT....
makna yang mendalam....hayatilah ia...abstrak cket....

"Maafkan aku kalau aku
sering saja berlaku songsang....

Apabila semua orang duduk,
aku bangun berdiri....

Apabila orang bangun bertepuk,
aku duduk....

Apabila orang ghairah berbincang,
aku tidur....

Apabila orang melepaskan merpati,
aku menabur padi....

Orang lain telah merdeka,
aku belum....

Maafkan aku kalau aku
sering saja berlaku songsang....

Aku hanya mengingatkan...."

Majlis Resepsi Nasir & Zainab 250109


Ni saje aku letak gambor aku kawin baru2 ni...editing oleh aku sendiri tapi fotografi oleh en.endmaya...
Anyway just check2 rock2 aje....
gambate!

Isnin, 2 Mac 2009

Nikmat - A. Samad Said

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

A. Samad Said
(Benih Semalu)