Welcome to Annaloq Fotografik!

"To photograph is to appropriate the thing photographed. It means putting one’s self into a certain relation to the world that feels like knowledge, and therefore like power." Susan Sontag

Now, enjoy my blog!

Rabu, 11 Mac 2009

Assalamualaikum semua....

Salam perkenalan kepada pelayar blog aku. Blog ni aku baru je buat so banyak lagi input2 yang tiada. Mungkin sedikit demi sedikit aku cuba ketengahkan apa yang patut aku ketengahkan di sini. Tambah-tambah perkara yg berkaitan dengan seni. he2...
Tapi apa yang menjadi target aku ialah bisnes fotografik yang bakal aku laksanakan nanti. Masih belum bersedia lagi aku untuk teruskannya di atas beberapa sebab. Yang terpenting ialah ilmu dalam bidang fotografik. Bagi aku ilmu di dada ni masih belum cukup lagi. Iyelah nak explore photoshop, illustrator pe suma tu bukannya satu perkara yang mudah. And then camera gabak aku pun takde lagi. So suma ni membantutkan sedikit sebanyak target aku.
Selamatlah seni tu infiniti. Leh aku terbitkan sedikit sebanyak karya seni aku di sini selain fotografik...
Oh ye....Nape aku bagitau seni tu infiniti. Perghh...x perasan ke korang apa yang ada di alam semesta ni adalah suatu yang tak bleh terjangkau oleh kotak fikiran kita. Cuba tengok bintang. Cuba tengok semut. Ok...dapat ke kita hitung berapa butir bintang yang ada di langit? Dapat ke kita kira baper ekor semut yang ada di dunia ni. Infiniti kan. Susah nak kira kan? Susah nak hitung? Seni le suma tu. Seni yang terhasil daripada ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Subhanallah.
Yang berkaitan ngan hidup kita pula. Dari pembinaan bangunan2 besar hinggalah si anak kecil menconteng dinding. Seni gak tu. Lagu nirvana, sil khannaz, dream theatre, m.nasir, beattles, hinggalah choir Arkib Negara Malaysia. Dari pancaran gelombang satelit hinggalah tarian bebudak Akademi Fantasia. Suma tu berdiri di atas paksi seni. Senang citer apa yang terhasil dari Tuhan adalah seni sifatnya.
Dan seni yang paling susah nak diduga adalah akal kita sendiri. Iaitu anugerah Tuhan yang paling besar sekali buat ummat manusia. Di situlah seorang manusia yang gagal PMR hinggalah manusia yang menerima anugerah nobel sekalipun terhasil.
Hmmm....senang cerita seni tu bukannya terletak pada kecantikan lukisan, scaling gitar Eminor mahupun lunaknya suara ini. Seni itu adalah keseluruhannya yang terhasil dari Allah s.w.t dan tangan manusia sendiri.
So, aku sebagai manusia yang menghargai seni, ingin membuka tapak memperjuangkan jiwa ke dalam dunia seni ini. Ingin mengetengahkan hasil karya seni aku dalam pelbagai bentuk konsep mahupun genre ke dalam blog aku ni.
Dan satu benda last yang aku ingin ingatkan pada suma rakan2...janganlah kita berlagak n ego ngan kejayaan kita di dunia ini. Kerana ilmu kita ni seperti setitis air yang jatuh dari paruh burung yang meminum air di lautan yang luas. Sedangkan ilmu Allah s.w.t pula seluas lautan di dunia ini. Malah lebih dari itu lagi. Nampak kan perbezaannya..?

Infiniti kan?? He2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan