Welcome to Annaloq Fotografik!

"To photograph is to appropriate the thing photographed. It means putting one’s self into a certain relation to the world that feels like knowledge, and therefore like power." Susan Sontag

Now, enjoy my blog!

Rabu, 14 April 2010

Sebuah Penantian | Cahaya Mata

Cahaya mata-sebuah anugerah Ilahi yang tiada tolok bandingnya. Hampir seluruh umat manusia di muka bumi ini dapat menikmati anugerah ini. Sepertimana mereka tidak terlupa aku pun bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mungkin satu atau dua minggu lagi. Dan mungkin pada bila-bila masa saja lagi. Getaran dan debaran telah bergetar dalam jiwa ini. Getarannya bukan main hebat lagi. Kalau dilihat sejumlah taufan itu maka tidaklah sama seakannya-tapi manakan sama getarannya berbanding isteri aku. Seorang isteri yang begitu tabah hatinya sungguhpun dicaci maki di kantornya, sungguhpun sakit tulang belulangnya, sungguhpun penuh ratapan tangis di jiwanya. Jiwanya-hanya aku dapat membacanya. Sebuah doa ku ratap padamu Ilahi. Agar Kau berikan kemudahan kepada isteriku agar anak yang akan dilahirkannya cukup segala sifat dan baik-baik hendaknya. Kepada yang terlintas disini, aku mohon agar sekalian kamu juga turut mendoakan isteri aku jua.

Terima kasih.

Annaloq Junior | Reveal Soon

1 ulasan:

  1. aku doakan semuanya selamat :)
    insyaalah bergelar bapa tak lama lagi.
    peace

    BalasPadam