Welcome to Annaloq Fotografik!

"To photograph is to appropriate the thing photographed. It means putting one’s self into a certain relation to the world that feels like knowledge, and therefore like power." Susan Sontag

Now, enjoy my blog!
Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 8 Mei 2009

Majlis Pengkisahan Sejarah Sheikh Idris Marbawi



Alhamdulillah, Selasa lepas bersamaan 5 Mei 2009 Jabatan aku telah menganjurkan sebuah Majlis Pengkisahan Sejarah ke atas ketokohan Sheikh Idris A-Marbawi. Aku telah ditugaskan mengambil gambar (cam biasa) untuk majlis ini. Majlis ini bagi aku cukup berharga kerana ianya merupakan sebuah langkah pertama untuk memperkenalkan tokoh2 agama kelahiran tanah air ke mata masyarakat kita. Contohnya Idris Al-Marbawi, kenalkah kalian siapa dia? Apakah sumbangannya? Pasti tak pernah kita dengar namanya sebelum ini. Majlis ini telah membuka ruang pengenalannya. Diantara ahli panelnya adalah Dato' Shikh Ghazali, Prof Redzuan dan Puan Mahani. Mereka membentangkan apa yang tersurat dan tersirat berkenaan dengan Sheikh Idris Al-Marbawi.

Secara ringkasnya Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi merupakan salah seorang ulama Islam yang unggul dan telah memperlihatkan kewibawaan dalam menyebarkan syiar Islam di rantau ini. Anak Perak ini adalah ulama tersohor yang tidak asing lagi di Nusantara, bahkan namanya juga amat dikenali di semua Negara Islam terutama di Mesir dan Arab Saudi dalam bidang Bahasa Arab, ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Pada tahun 1913, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi kembali ke tanah air bersama keluarganya. Kemudian beliau memasuki sekolah Melayu Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok iaitu di Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar; Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, Kedah; Pondok Syeikh Ahmad Fatani, Padang Lalang, Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Pada bulan Mac 1924, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan merupakan anak Melayu Perak yang pertama meneroka ke alam pengajian tinggi di Mesir. Beliau memperolehi Ijazah Aliyah (Tertinggi) dalam bidang Syariah Islam daripada Universiti berkenaan dan semasa menuntut di Institut berkenaan beliau berkesempatan menyusun kamus Arab-Melayu yang pertama bagi kegunaan bangsa Melayu yang berhasrat mempelajari bahasa Al-Quran. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga serangkai iaitu Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi, Syeikh Juned Tola dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh terakhir ini kembali ke tanah air,karya ini diteruskan oleh Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut. Kamus ini dikenali “Kamus Al-Marbawi” dan telah diterbitkan pada tahun 1927.

Bermula dengan karya pertamanya itu, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi mula melibatkan diri dalam alam penulisan dengan lebih serius.

Pada tanggal 5 Julai 1980 dalam konvensyen ke-8 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf Al-Marbawi telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan manakala pada 1 Muharram 1408 (26 Ogos 1987), beliau telah diistiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah yang pertama. Pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah yang pertama adalah berdasarkan sumbangan serta jasa yang cukup berharga kepada masyarakat Islam dan perkembangan agama di Negara ini.

Sumbangan beliau ini bukan hanya tertumpu kepada satu bidang sahaja tetapi mencukupi bidang pendidikan, pengajian, penulisan dan penerbitan agama. Disamping itu, ketokohan beliau sentiasa mendapat pengiktirafan masyarakat umum di alam Melayu dan dunia Islam. Sepanjang hayatnya, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi membuktikan betapa perlunya seseorang anak bangsa memberikan sumbangannya kepada bangsa, agama dan negaranya. Beliau telah mengabadikan dirinya sebagai penulis ilmu islam yang tidak pernah mengenal erti penat.

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Satu pendekatan yang baik untuk mengajak orang ramai mengenali ulama dulu2. Tapi cara ni macam x efektif sangat, rasanya orang Malaysia mungkin lebih kenal (atau pernah dengar)Ibn Rusyd, al-Farabi, al-Kindi dan yang seangkatan dengannya daripada Syeikh Idris al-Marbawi, Tok Kenali, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, etc. Tu belum lagi ulama2 Nusantara yang lain (dari Indon & Thailand contohnya). TV pun banyak (banyak ke??!!) paparkan pasal tokoh ulama dari luar.

    Nampaknya mr. annaloq kena usahakan supaya arkib dpt bkerjasama dengan stesyen tv dan terbitkan cerita2 pasal ulama kita. Masyarakat kita mungkin jatuh pengsan kalu hadir ke majlis pengkisahan camni, tapi kalu buat dokumentari tv, rasanya ok (nak plak letak rozita che wan @ Mawi jadi pengacara).

    BalasPadam
  3. Well thanxs min di atas komen ang yg pnjg lebar serta bernas. Alhamdulillah sekurang2nya Arkib Negara telah membuka pekung kepada pendokumentasian sejarah tokoh tersebut. Walaupun kurang kepopularitiannya, namun titik mulanya sudah tercipta. Seperti yang aku sarankan dulu, Arkib perlu bekerjasama ngan stesyen TV terutamanya Astro (channel Oasis mungkin) untuk menyiarkan Majlis Pengkisahan Sejarah (MPS) mengenai ketokohan ulama' ni dlm bentuk dokumentari yang lebih ekslusif. Struktur penceritaan dan penayangannya berkonsepkan National Geographic (ttpi dlm acuan kita sendiri). Ulasan ahli panel serta penggalian sejarah digabungkan bersama. Insyaallah daya tarik kepada setiap lapisan masyarakat lebih berkesan. Nak pulak Astro asyik ulang yg tu je...Tetapi jgnlah penumpuan diberi kepada MPS ketokohan ulama' shaja, tayangan kepada mana2 MPS juga perlu dibangunkan.
    Ya, Arkib Negara stkt ni telah menganjurkan bnyak MPS yang unik dan menarik. MPS mengenai Kelab Sultan Sulaiman, STAROBA, MCOBA, Penang Free School, Sambutan PDRM yg ke 200, etc. Bagi aku sygnya ianya hanya segelintir masyarakat (bg aku hnya 1%) yg tahu kewujudannya.
    He2 walaubgaimanapun kita hanya mampu usulkan cadangan. masalahnya org atas mau ke dgar suara kita ni. Anyway terpulang pada pentadbiran Arkib. Meraka yg berhak memikirkan perkara camni.

    p/s: Aku nak Vanida Imran n husband jd pengacara! Ha2...

    BalasPadam
  4. Orang kita sekarang (terutamanya remaja) dah xminat benda2 macam ni. Kalu pasal artis bercerai, berkemban, telanjang dan sebagainya diorang minat la. Kitalah kena bijak dan kreatif terbitkn program ni dalam bentuk yang santai dan ringan. Slot2 camni kena jadi keutamaan stesyen2 tv gak. Janganlah sogokkan orang2 muda dengan dengan cerita2 cinta (yang x menyentuh jiwa langsung)dan cerita2 aksi yang bodoh.

    BalasPadam
  5. Yeargh..btol tu min...panas lak aku dgr ang nye komen...remaja Malaysia camtu lah...kita da tak mampu control...hang kempen le cemanapun,depa akan buat tak reti je...betullah dikatakan nisbah otak org Malaysia berbanding Jepun, 1:10...blom org German lg, Amerika lg, apatah lagi Israel...kesedaran serta disiplin diri masyarakat kita jauh ketinggalan-terlalu jauh...
    tapi cemanapun kita sbgai yg menyedari hal ni teruskan usaha. teruskan pengorbanan membuka ruang kepada genre ilmiah ni kepada masyarakat umumnya...biar apapun caranya...yang mana yang taknak amik tahu tu, biarkan sahaja...
    Biarkan diorang hanyut...bkan nak kata kita ni bagus...tapi ada gak kesedaran...

    BalasPadam