Welcome to Annaloq Fotografik!

"To photograph is to appropriate the thing photographed. It means putting one’s self into a certain relation to the world that feels like knowledge, and therefore like power." Susan Sontag

Now, enjoy my blog!

Ahad, 31 Mei 2009

COMING SOON: Majlis Resepsi Syed Asri & Nor Ajibah

Majlis Resepsi Syed Asri & Nor Ajibah....my first job...
(klik pada gmbar ntuk paparan yg lebih jelas)

Khamis, 28 Mei 2009

Muzium Arkeologi Lenggong


Akhirnya bleh gak upload gambor muzium ni...

Untuk pengetahuan anda muzium ni terletak di Lenggong-kat umah aku je...umah al-amin tu jauh cket ler...hu2...

Yg menarik tentang muzium ni, ianya menyimpan sejarah (sejarah lagi) Kota Terawal di Malaysia iaitu Lembah Lenggong serta penemuan fosil2 purba berjuta2 tahun dahulu dan sejarah Perak Man....

ada satu lagi yg menarik di sini terdapat beberapa bijik batu yg dipercayai tahi bintang (meteorit) telah jatuh ke area Lenggong ni dulu2. Salah satunya seperti pic no.4...faktanya mengatakan yg batu ni beratnya lebih 5 kali ganda drpd batu biasa di bumi yg sama saiz ngan dia...wah! betul ke?? kalu nak tau lebih lanjut p le melawat2 ke sana...adios...

Khamis, 14 Mei 2009

SERANGGA

Aku punyai serangga,
Serangga di dalam bilikku,
Serangga di atas katilku,
Serangga di dalam telingaku,
Telur mereka di dalam kepalaku,
Serangga di dalam poketku,
Serangga di dalam kasutku,
Serangga yang membuatkan aku terfikir akan kamu…

Serangga di tingkapku,
Cuba masuk ke dalam,
Mereka tak ke mana-mana,
Menunggu…menunggu….
Serangga di syiling
Memenuhi ruang lantai,
Berdiri, duduk, melutut,
Antaranya menghalang pintu…

Dan kini persoalaannya:
Perlukah aku membunuh mereka?
Menjadi kawan mereka?
Perlukah aku memakan mereka?
Perlukah aku perdaya mereka?
Aku fikir mereka bukannya bodoh.
Perlukah aku sertai mereka?
Kelihatan seperti ada seseekor….

Aku punyai serangga di dalam bilikku,
Menggeletek hidungku,
Aku biarkan ia berlaku kembali,
Mereka kerap menggantikannya,
Aku nampak mereka disekelilingku…aku nampak…
Nampak mereka sedang memutuskan nasibku,
Oh, hanya seekor, hanya seekor yang menghampiriku,
Tetapi ianya terlambat….

Aku punyai serangga di dalam bilikku,
Satu per satu,
Dan di situlah aku punyai peluang,
Aku hanya ingin berhenti sekarang,
Aku akan berbogel,
Dan dengan itu….aku menjadi satu…..

Billy Joe (Greenday) said:
And remember one thing,
Regardless of who the power that be are,
That people that you elect,
That people that I elect into office,
Remember, you have the f**king power,
We're the f**king leaders,
Don't let these bastards dictate your life,
by trying to tell you what to do, alright?

Rabu, 13 Mei 2009

Tasek Raban











Antara gambor2 tasek raban yg leh diupload...tenet kureng dua tiga menjak ni...maaf cdgnya nak upload HDR...tak mampu lagi nak buat...

Jumaat, 8 Mei 2009

Majlis Pengkisahan Sejarah Sheikh Idris Marbawi



Alhamdulillah, Selasa lepas bersamaan 5 Mei 2009 Jabatan aku telah menganjurkan sebuah Majlis Pengkisahan Sejarah ke atas ketokohan Sheikh Idris A-Marbawi. Aku telah ditugaskan mengambil gambar (cam biasa) untuk majlis ini. Majlis ini bagi aku cukup berharga kerana ianya merupakan sebuah langkah pertama untuk memperkenalkan tokoh2 agama kelahiran tanah air ke mata masyarakat kita. Contohnya Idris Al-Marbawi, kenalkah kalian siapa dia? Apakah sumbangannya? Pasti tak pernah kita dengar namanya sebelum ini. Majlis ini telah membuka ruang pengenalannya. Diantara ahli panelnya adalah Dato' Shikh Ghazali, Prof Redzuan dan Puan Mahani. Mereka membentangkan apa yang tersurat dan tersirat berkenaan dengan Sheikh Idris Al-Marbawi.

Secara ringkasnya Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi merupakan salah seorang ulama Islam yang unggul dan telah memperlihatkan kewibawaan dalam menyebarkan syiar Islam di rantau ini. Anak Perak ini adalah ulama tersohor yang tidak asing lagi di Nusantara, bahkan namanya juga amat dikenali di semua Negara Islam terutama di Mesir dan Arab Saudi dalam bidang Bahasa Arab, ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Pada tahun 1913, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi kembali ke tanah air bersama keluarganya. Kemudian beliau memasuki sekolah Melayu Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok iaitu di Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar; Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, Kedah; Pondok Syeikh Ahmad Fatani, Padang Lalang, Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Pada bulan Mac 1924, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan merupakan anak Melayu Perak yang pertama meneroka ke alam pengajian tinggi di Mesir. Beliau memperolehi Ijazah Aliyah (Tertinggi) dalam bidang Syariah Islam daripada Universiti berkenaan dan semasa menuntut di Institut berkenaan beliau berkesempatan menyusun kamus Arab-Melayu yang pertama bagi kegunaan bangsa Melayu yang berhasrat mempelajari bahasa Al-Quran. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga serangkai iaitu Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi, Syeikh Juned Tola dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh terakhir ini kembali ke tanah air,karya ini diteruskan oleh Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut. Kamus ini dikenali “Kamus Al-Marbawi” dan telah diterbitkan pada tahun 1927.

Bermula dengan karya pertamanya itu, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi mula melibatkan diri dalam alam penulisan dengan lebih serius.

Pada tanggal 5 Julai 1980 dalam konvensyen ke-8 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf Al-Marbawi telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan manakala pada 1 Muharram 1408 (26 Ogos 1987), beliau telah diistiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah yang pertama. Pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah yang pertama adalah berdasarkan sumbangan serta jasa yang cukup berharga kepada masyarakat Islam dan perkembangan agama di Negara ini.

Sumbangan beliau ini bukan hanya tertumpu kepada satu bidang sahaja tetapi mencukupi bidang pendidikan, pengajian, penulisan dan penerbitan agama. Disamping itu, ketokohan beliau sentiasa mendapat pengiktirafan masyarakat umum di alam Melayu dan dunia Islam. Sepanjang hayatnya, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi membuktikan betapa perlunya seseorang anak bangsa memberikan sumbangannya kepada bangsa, agama dan negaranya. Beliau telah mengabadikan dirinya sebagai penulis ilmu islam yang tidak pernah mengenal erti penat.